Apex Jaga Gol, Leuniey Kursus Kahwin!

5:33 AM
Sebelum mengumumkan tarikh perkahwinannya di Hotel The Royale Bintang, Damansara pada esok hari, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, perlu melunaskan dahulu tanggungjawabnya untuk perlawanan menentang Bangladesh pada malam ini.

Perlawanan persahabatan yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil, malam ini merupakan persediaan Harimau Malaya yang bakal memulakan peperangan menentang pasukan yang bertanding dalam Piala Suzuki AFF 2012 bermula Ahad, 25 November 2012.

Sementara itu, buah hati Apex iaitu Leuniey Natasha pula baru saja menghadiri kursus kahwin selama dua hari bermula pagi tadi (20 November 2012).

Sewaktu dihubungi murai.com.my pagi tadi, Leuniey yang sedang menjalani kursus berkenaan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan sempat mengirimkan beberapa fotonya sewaktu sesi rehat.

Bagaimanapun, dia tidak sempat memberikan sebarang komen sebaliknya mengatakan perjalanan kursus tersebut berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

"Syukur semuanya berjalan lancar. Sekarang Leuniey sedang berehat sekejap dan kembali ke kelas selepas ini," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Apex pula difahamkan sudah pun menghadiri kursus kahwin walaupun dia sibuk dengan rutin hariannya sebagai penjaga gol kebangsaan dan pasukan Kelantan.

Sumber: Murai

Powered by Blogger.