Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah Dari Agong Pada Hari Lahirnya Ke-50

2:14 AM
Sempena ulang tahun kelahiran ke-50 tahun, pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi telah dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,pagi semalam.

"Sekecil mana anugerah yang diberikan kepada saya, ianya satu benda yang amat saya hargai. Saya bersyukur kerjaya saya telah dipandang dan dihargai serta dikenan oleh Agong,.

"Sekitar tahun 2008, saya telah dikurniakan anugerah Johan Mahkota Wilayah. Sekarang ini, pingat JSM pula. Kedua-dua pingat ini sangat bermakna buat saya. Apatah lagi, ia dikurniakan serentak dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-50," katanya.

Lebih mengharukan Aznil apabila pihak pengurusan Astro telah mengadakan majlis hari jadi buatnya yang dianjurkan secara mengejut hingga dia hampir menitiskan air mata.

"Semasa saya dihantar Astro ke Afrika Selatan minggu lalu untuk menjadi pemerhati program Fear Factor, mereka telah mengadakan sebuah majlis hari jadi secara mengejut untuk saya di sana.

"Hari ini pula, selepas saya terima anugerah, saya dikejutkan pula dengan sambutan dengan majlis hari jadi yang begitu meriah sekali," ujarnya yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Ambossador Astro.

Dalam pada itu, Aznil akui dia amat terkejut apabila mendapat tahu pembantu rumahnya telah melarikan diri ketika dia berada di Afrika Selatan.

"Waktu saya dapat tahu berita ini, saya rungsing dan tidak tentu arah. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mengalami sebarang masalah atau pun cedera. Saya berharap pembantu itu dapat diberkas dengan segera.

"Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang laporan sama ada pembantu rumah itu dapat ditangkap atau pun tidak," jelasnya.

Powered by Blogger.