Daphne Iking Teringin Anak Lelaki

9:08 PM
Selepas dikurniakan dua orang anak perempuan, personaliti TV popular, Daphne Iking memberitahu dia menginginkan untuk menimang cahaya mata lelaki. Bagaimanapun pengacara program Bella ni berkata buat masa ini suaminya, Azmi Abdul Rahman belum bersedia untuk menambah ahli keluarga.

"Memang teringin nak anak lelaki. Saya dah ada dua anak perempuan, kan. Tapi suami saya kata, cukuplah tu", katanya ketika di temui di majlis sidang media Anugerah Bella bertempat di Marini's on 57 KLCC.

Puteri sulungnya bernama Isobel Denielle Iking Chong adalah hasil perkahwinan terdahulu bersama seorang ahli perniagaan, Ryan Chong Yiing Ming. Manakala seorang lagi bernama Iman Daniella Iking Azmi yang kini berusia enam bulan. Selain, dia juga mempunyai anak tiri lelaki berusia 17 tahun iaitu anak kepada Azmi.

Sementara itu, berkongsi mengenai kehidupannya kini Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Elenor Iking berkata dia masih dalam proses belajar mendalami kehidupan sebagai seorang muslim.

Tidak menafikan pada peringkat permulaan dia berasa sukar menjalani kehidupan barunya (sebagai muslim) kerana sering berdepan dengan pelbagai reaksi daripada orang sekeliling. Namun tidak banyak yang berubah meskipun selepas dia bergelar 'saudara baru'.

"Pada peringkat awal, tak dinafi memang sukar. Sebab saya memikirkan apa yang orang sekeling saya akan cakap. Apa yang keluarga saya akan cakap, apa yang media akan cakap dan apa yang kawan-kawan saya akan cakap.

"Dan antara pertanyaan yang kerap ditanya kepada saya ialah bila saya mahu bertudung. Sehingga kini saya masih dalam proses mendalami erti Islam yang sebenar dan mempelajari kehidupan sebagai seorang muslim. Saya tidak mahu terlalu drastik dalam membuat sesuatu perkara. Bagi saya biarlah apa yang saya buat, itu urusan saya dengan Tuhan', katanya.

Powered by Blogger.