Diana Danielle Hamil Selepas 16 Hari Nikah

9:50 PM
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle kerana mereka bakal bergelar ibu dan bapa selepas Diana disahkan hamil.

Berita itu kami terima setelah kedua-dua mereka memuat naik foto penguji kehamilan di laman sosial Instagram masing-masing yang positif dan bermakna hamil.

Dalam Instagram Farid Kamil dia memanjatkan kesyukuran dengan mengemas kini fotonya dengan status "Alhamdulilah syukur...moga sempurna..amin,"

Manakala Diana Danielle bersyukur kerana pemberian itu merupakan hadiah hari jadinya yang bakal tiba pada 22 November ini dengan mengemas kini fotonya dengan status "The Most precious birthday present, thanks Allah SWT,"

Syukurlah pada mereka kerana dikurniakan cahaya mata yang agak cepat ya. Tak silap kami macam baru sahaja mereka bernikah iaitu kira-kira dalam 16 hari yang lalu.

Nak kata cepat, kami rasa Fasha Sandha juga mengumumkan kehamilannya dengan agak cepat iaitu selepas 10 hari selepas diijabkabulkan.

Berita ini mungkin akan mengundang pelbagai spekulasi atau fitnah orang tetapi kami nasihatkan tak usahlah kita pertikaian kerja dan ketentuan Allah S.W.T. Rezeki itu semuanya datang daripadaNya.

Apa-apa pun kami mengucapkan tahniah kepada mereka, semoga Diana Danielle dan kandungan sihat sehingga hari kelahiran bayi itu nanti.

Nampaknya Diana bunting pelamin lah pada hari persandingan mereka yang akan diadakan pada 30 November ini dan 12 Disember depan.

Powered by Blogger.