Gaya Ning Baizura Selepas 7 Bulan Hamil

5:48 AM
Inilah penampilan penyanyi popular Ning Baizura walaupun sedang sarat hamil 7 bulan cahayamata pertamanya.

Ditemui ketika sebuah majlis pelancaran anugerah untuk wanita anjuran stesen TV, NTV7 baru-baru ini, penyanyi Awan Terpilu itu telah menggayakan gaun kotel yang sendat meriah dengan sequined warna-warni sesuai dengan tema acara pada malam berkenan.

Ditemani suami tercinta, Chris Dalton, dia tampak begitu ceria walaupun berdebar-debar menanti kelahiran cahaya mata pertama pada awal tahun depan.

Seakan tidak berbadan dua, Ning Baizura rancak berborak mesra dengan beberapa selebriti popular seperti Shila Amzah, Daphne Iking, Elaine Daly dan tidak ketinggalan bersama usahawan serta socialite terkenal, Elyna Effendi.

Enggan memberi tahu jantina bakal bayinya itu, Ning Baizura bagaimanapun sempat berkongsi cerita mengenai pengalamannya ketika di bandaraya New York, baru-baru ini.

"Memang seronok tak terkata ketika berada di sana. Walaupun misi abang (suami) untuk menyertai larian marathon di sana tidak tercapai, tapi kami sempat melakukan beberapa aktiviti termasuklah membeli-belah.

"Penat memang lah penat, lebih-lebih lagi saya berbadan dua. Tak banyak juga yang dapat saya lihat kerana ketika berada di sana sedang sibuk untuk pilihan raya. Jadi banyak habiskan masa di pangsapuri kami yang kebetulan hampit di Central Park," cerita Ning Baizura.

Tampil dengan gaya rambut lurus yang lengkap dengan solekan nipis tapi memikat, Ning Baizura berani menyarungkan tumit tinggi tiga inci bewarna cerah serta lengkap bersama-sama clutch kecil unik.

Namun apakan daya, menyedari dirinya berbadan dua, Ning Baizura nampaknya tidak mampu berdiri terlalu lama yang kemudiannya diberikan kerusi oleh suami tercinta selepas 10 minit berdiri di majlis berkenaan. So sweet.

Powered by Blogger.