Maya Karin Duta Pakaian Dalam Angel Series Sorella

7:56 PM
Syarikat jenama pakaian dalam antarabangsa terkenal, Sorella (M) Sdn Bhd telah melantik pelakon jelita, Maya Karin sebagai duta terbarunya untuk produk rangkaian yang dinamakan Angel Series.

Pemilihan Maya Karin yang memberi gambaran seorang wanita moden dengan wajah cantik Pan-Asian menyerlahkan personaliti dan gaya elegan jenama Sorella.

Pengurus Jenama Sorella, Ng Kok Soo berkata, pihaknya percaya bahawa penampilan Maya Karin benar-benar menggambarkan seorang wanita Sorella yang membawa gaya hidup yang sihat dan penuh yakin.

"Terkenal dengan persembahan cemerlang beliau dalam filem-filem blockbuster seperti "Ombak Rindu", "Magika", "Cun!", "Pontianak Harum Sundal Malam" dan sambungan filem pontianak tersebut, beliau juga membawa gaya hidup aktif dengan menghabiskan masa lapang beliau mengelilingi dunia dan juga aktiviti luar seperti mendaki gunung.

"Dengan semua watak-watak yang berbeza dan juga gaya hidup yang aktif, beliau banyak bergantung kepada jenama Sorella untuk memberikan rasa keselamatan dan keyakinan dalam sebarang aktiviti," katanya.

Sementara itu, Maya Karin pula berkata, dia sememangnya seorang individu yang amat mementingkan kualiti dalam segala-galanya. "Angel Series Sorella memberikan saya jaminan keselesaan, sokongan maksimum yang baik, memberikan saya keyakinan ketika melakukan apa jua yang saya mahukan.

"Saya amat berbesar hati dipilih untuk mewakili Sorella kepada seluruh dunia kerana saya percaya setiap wanita berhak untuk mendapatkan keyakinan tinggi," katanya kepada murai.com.my.

Pelbagai reka bentuk 'innerwear' dari Sorella dapat memberikan sokongan terbaik kepada pemakainya dan sesuai untuk semua wanita daripada semasa mereka memulakan hari mereka sehinggalah mereka pulang semula ke rumah untuk tidur pada waktu malam. Ketika sidang media, Sorella juga memperkenalkan koleksi terbaru mereka, Angel Series yang direka dalam kain jenis Les (Lace) dan Sulaman (Embroidery). Angel Series direka untuk memberi sokongan penuh disamping memantapkan kawasan dada.

Rekaan "deep V-plunge" dengan bahan penghubung tengah (V-plunge angel-winged bridge) memusatkan dan menonjolkan lurah pada bahagian dada. Siri ini juga datang dengan rekaan kain Les dan Sulaman untuk memenuhi personaliti dan gaya pengguna dengan yang berbeza. Angel Series dalam rekaan Les boleh regang datang dalam tiga warna; Coklat, Biru dan Merah Jambu manakala Angel Series dalam rekaan Sulaman datang dalam warna Merah Jambu, Merah dan Hitam.

Bersesuaian dengan pengenalan Maya Karin sebagai Duta terbaru Sorella, Maya akan muncul dalam semua iklan promosi Sorella pada masa depan. Apabila diminta mengulas mengenai masa depan pertumbuhan Sorella, Encik Ng berkata, pengguna kini lebih prihatin tentang kepentingan memilih pakaian yang betul.

"Mereka kini lebih teliti dalam memilih produk yang terbaik yang dibeli dengan wang mereka. Kami percaya bahawa kami mampu untuk menyediakan produk dengan kualiti yang terbaik dan padanan yang sesuai di pasaranm," katanya.

Angel Series boleh didapati di semua pengedar Sorella di seluruh rantau Asia Pasifik. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari www.sorella-lingerie.com atau Facebook di Sorella Lingerie Malaysia.

Powered by Blogger.