Rosyam Noor Mencetuskan Kontroversi Di Anugerah Skrin 2012 Dengan Lawak Menyindir Islam

9:50 PM
Rata-rata masyarakat kecewa dengan kehambaran Anugerah Skrin 2012, satu lagi topik yang hangat dibualkan ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir stesen TV Al-Hijrah. Segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina agama rasmi Malaysia iaitu Islam. Berikut petikan lawak yang mencetuskan kontroversi oleh Rosyam Noor.

"Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh"

Kebiasaannya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Namun tak pasti sama ada lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor ini adalah berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan. Pada kami Rosyam Noor harus segera meminta maaf tanpa perlu dipanjangkan hal ini. Apa pendapat anda?

Powered by Blogger.