Sempurnakan Aku Sambungan Cinta Nora Danish, Anuar Zain!

6:02 AM
Seronok tengok komen orang ramai terutamanya peminat setia Anuar Zain mengenai video muzik terbaru daripada beliau, Ajari Aku. Mula dimuatnaik di laman Youtube pada awal minggu ini,kini jumlah tontonan video tersebut tersebut telah hampir mencecah 60,000!

Nampaknya, gimik yang dilakukan produksi muzik video dengan menyatukan Nora Danish dan Anuar Zain ini telah berjaya menarik perhatian umum dan peminat. Malah, lakonan aktres cantik Nora Danish sebagai isteri kepada Anuar Zain telah menarik perhatian serta menjadi perbualan ramai.

Sudahkah anda semua menonton muzik video yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar tersebut? Meletopkan? Boleh dikatakan ia meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonnya. Kami turut merasakan kesedihan yang dialami Anuar Zain, apalagi bila melihat ekspresinya yang berjaya meruntun jiwa itu.

Sebelum Ajari Aku, Ghaz sudah beberapa kali mengarahkan muzik video bagi lagu nyanyian adik Ziana Zain itu. Ajari Aku mengisahkan dua hati yang bakal disatukan setelah lama menyulam cinta. Namun persiapan hari bahagia itu bertukar tragedi apabila heroinnya, Nora Danish mengalami kemalangan jalan raya.

Yang menariknya di hujung muzik video itu, Anuar dilihat berada di sisi katil hospital yang menempatkan Nora Danish dalam keadaan terbaring sambil berbalut disebabkan kemalangan itu. Sebuah lagi persoalan timbul apabila muzik video Ajari Aku itu ditamatkan dengan menyatakan ia akan mempunyai sambungannya.

Hmmm rupa-rupanya kami difahamkan sambungan kepada kisah tragis ini akan dapat diikuti dalam muzik video kedua menerusi single Anuar yang seterusnya iaitu Sempurnakan Aku. Korek punya korek rupanya selepas kemalangan, Anuar tetap menunggu dan menjaga Nora Danish di hospital.

Walaupun seringkali sambungan kepada kisah cinta tragis akan ditamatkan dengan sebuah pengakhiran bahagia yang cliché tetapi tidak dalam Sempurnakan Aku. Katanya untuk Sempurnakan Aku pun akan ada twist dan kejutan yang bakal dipertontonkan tetapi produksi tidak mahu mendedahkan jalan cerita penuhnya itu.

Sempurnakan Aku telah menjalani waktu penggambaran yang sama dengan Ajari Aku sebenarnya dan telah pun sedia untuk dipertontonkan kepada peminat pada Disember nanti. Amboi, bijak betul produksi diorang ini buat promosi, pasti peminat ternanti-nantikan sambungannya.

Belum pun seminggu Ajari Aku sudah dapat tarik jumlah penonton hampir 60,000. Kalau muzik video Sempurnakan Aku ditayangkan Disember nanti, entah bagaimana pula sambutan yang diberikan peminat. Mungkin boleh mencabar MV Untuk Dia daripada Sleeq dan Najwakan, siapa tahu?

Lagipun, ramai peminat yang sangat berharapkan hubungan cinta Anuar dan Nora dalam MV itu berterusan hingga ke luar set. Iyalah, Anuar Zain pun bakal mencecah usia 43 tahun tahun hadapan, mungkin para peminat Anuar mahu dia benar-benar mengakhiri zaman bujangnya itu.

Nora Danish pun tidak melepaskan peluang ketika beraksi bersama penyanyi pujaan ramai itu. Selepas sahaja ia dimuatnaik ke Youtube, Nora dilihat berkongsi beberapa keping koleksi gambar sepanjang penggambaran MV tersebut di Instagram-nya.

Tengok pada foto memang mesra betul mereka berdua. Heh,kalau betul janganlah nak bagi kami semua suspen ye Anuar dan Nora. Seperti peminat lain, kami pun happy kalau mereka benar-benar bersama. Sama cantik sama padan, tak gitu?

Powered by Blogger.