Suami Sri Wani Diarah Bayar Kos RM12,000
Hakim syarie, Mohd. Amran Mat Zain ketika memutuskan perkara itu berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan Bahrom, 61, menerusi afidavit yang difailkan pada 28 September lalu.
Terdahulu, Bahrom mengemukakan permohonan berkenaan selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan pada 30 September lalu membatalkan empat permohonan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 37, bagi mengesahkan jantinanya, malah diarah membayar kos RM12,000 kepada Sri Wani dalam tempoh sebulan dari tarikh itu.
Sementara itu, Mohd. Amran dalam penghakimannya semalam menyifatkan alasan pemohon yang mendakwa dirinya di luar kemampuan untuk membayar jumlah berkenaan kerana tidak berpendapatan tetap adalah tidak munasabah.