Aidil Zafuan Kecewa Dengan Kenyataan Rita Rudaini
Memberitahu kepada mStar online, Aidil berkata walaupun masalah dia dan Rita masih lagi belum selesai, dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan hak melawat anak-anaknya itu. Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun itu enggan mengulas lanjut tentang sama ada dia akan meneruskan kes penceraiannya dengan Rita atau tidak.
Dalam pada itu Aidil juga turut kesal apabila diberitahu Rita dan anak-anaknya kini berada di Australia tanpa pengetahuannya.
Laporan juga menyebut yang Rita mendakwa Aidil tidak jujur dalam memberikan kenyataan. Pelakon itu berkata dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa anak-anaknya tetapi dia yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Damansara, dekat sini tanpa sebab.
Tegasnya juga jika Aidil seorang yang bertanggunjawab, sudah tentu dia akan hadir ke mahkamah apabila diarahkan berbuat demikian sebelum ini untuk menyelesaikan kes mereka tetapi sudah beberapa kali dia tidak muncul.
Lebih menyedihkan Aidil juga didakwa Rita tidak memberi nafkah kepada anak-anak sehingga memaksanya menghantar saman melalui peguamnya kira-kira dua bulan lalu untuk tuntutan tersebut tetapi bintang bola sepak itu memberi alasan tidak menerima saman berkenaan.
Kata Rita, alasan itu tidak benar sama sekali kerana keluarga Aidil pernah berhubung dengan wakil peguam Rita yang melahirkan rasa kurang senang selepas menerima saman berkenaan.
Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.