Anis Suraya Hamil 3 Bulan
Anis kini sedang bahagia dan sedang hamil anak pertama dengan suami keduanya Azmaimi Mohammad. Anis sedang hamil tiga bulan. Nampaknya dua tahun juga mereka menunggu cahaya mata. Anis atau nama penuhnya Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman dan Azmaimi bernikah November 2010.
Semasa cuti Deepavali baru-baru ini saya terserempak dengan Anis yang bercuti bersama suami dan dua saudara di Cameron Highlands, Pahang. Mereka bercuti tiga malam di sana. Agaknya mahu memanjakan baby dalam kandungan dengan suasana nyaman di tempat peranginan itu kut.
"Saya masih menyanyi lagi tapi sekitar Terengganu sahajalah. Ada juga orang panggil buat show. Tapi tak adalah apa-apa perancangan nak rakam album," kata Anis bila disapa.
Sebenarnya semasa berselisih di depan tempat tanaman strawberi, saya tak perasan Anis di depan, tapi rakan saya Zamri Mac Arm yang mengatakan ternampak Anis. Untuk kepastian, saya memanggil namanya dan ternyata benarlah wanita itu Anis Suraya.
Anis masih mesra macam dulu juga dan suaminya pun peramah. Maklumlah pegawai kerajaan... mestilah mesra bila bertemu orang. Tahniahlah kami ucapkan kat Anis dan suami yang sedang bahagia menanti anak pertama mereka.