Artis Popular Malaysia Akan Berada Di Pavillion Esok Untuk Palestin
Anggota jawatankuasa penganjur acara berkenaan Sam Samin berkata, kutipan itu akan diadakan selama dua jam bermula pukul 4.30 petang pada Rabu (esok) di perkarangan pusat beli-belah Pavillion, Bukti Bintang dekat sini.
Antara artis yang bakal terlibat ialah Yatt Hmazah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz, dan Salima (AF).
Turut mengesahkan untuk menyertainya ialah, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Ainul Aisyah dan Ayu Damit.
“Pihak kami amat berharap orang ramai dapat sama-sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. Mudah-mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah,” katanya.
Menurut Sam, artis-artis tersebut sanggup mengetepikan populariti masing-masing kerana ingin memberi sokongan terhadap rakyat Palestin di samping memupuk perasaan sayang sesama insan.
Katanya, sumbangan yang di kumpul daripada kutipan itu akan disalurkan melalui Aman Palestin yang ditubuhkan kerajaan.