Atilia Kahwin Awal Tahun Depan
"Memang kami ada rancang dan beritahu sebelum ini bahawa kami akan berkahwin pada Disember. Tetapi melihatkan kesibukan jadual saya yang penuh dengan pelbagai pertunjukan di hujung minggu sepanjang Disember, maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu rancangan ini. Sayang pula nak tolak persembahan.
"Sebenarnya kami belum mendapat tarikh yang pasti untuk melangsungkan majlis. Cuma, mungkin kami akan berkahwin dan adakan majlis kecil-kecilan serta ringkas di rumah ayah saya sama ada pada bulan Januari atau Februari tahun depan. Setakat ini, tarikhnya belum pasti lagi. InsyAllah, apabila dapat tarikhnya nanti saya akan sebarkan melalui twitter untuk pengetahuan semua. Kami memang jenis orang yang suka buat kerja 'last minute'," kata Atilia..
Sepanjang Disember ini, Atilia akan terbang ke China untuk urusan kerja pada 7, 8 dan 9 Disember dan selepas itu, dia akan terlibat dalam persembahan bersama Dato' Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert jazz.
Atilia sebelum ini pernah berkahwin dengan Ariff Johan Abdul Aziz namun sayang rumah tangga yang dibina selama 10 tahun tidak berkekalan.