Azhar Sulaiman Membuat Kontroversi Dengan Mengaku Murtad Di Facebook
Pelakon Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook miliknya.
Pengakuan itu dilihat untuk mempersenda Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh UMNO murtad. Namun Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik UMNO itu kerana memfitnah beliau.
Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli UMNO terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.
Niat konon nak perli Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.