Aziz Satar & Isteri Sepakat Rujuk Semula Lepas Cerai 9 Bulan
Namun, melalui sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa Aziz Satar mengaku telah bercerai dengan isterinya sembilan bulan yang lalu dan kini menyatakan bahawa mereka berdua mahu merujuk kembali.
Menurut Aziz Satar lagi, dia meminta agar semua pihak tidak memperbesarkan hal ini dan menganggap perkara yang berlaku adalah sebahagian dari lumrah hidup berumah tangga.
Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
Beliau kini dalam proses merujuk semula bersama isterinya secara sah di mahkamah dalam masa terdekat.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Datuk Aziz Satar dan Datin Hashimah Delan telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 Disember 2006 dan turut disaksikan oleh Adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.