Bayi Norish Karman Tidak Dibenarkan Jumpa Bapanya!

6:18 AM
Kehadiran anak bongsu kepada aktres, Norish Karman yang dilahirkan lebih setahun lalu telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai siapa bapa kepada bayi tersebut dan apakah status sebenar anak tersebut.

Tidak mahu mendedahkan siapakah ayah kepada bayi yang diberi nama Haq Lutfie Alaxender itu, sebaliknya Norish Karman yang ditemui memberitahu bayinya itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya selepas tiga bulan dia dilahirkan.

"Saya tidak akan sebut siapa nama bapanya kerana anak saya itu tidak akan lagi dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya. Semasa saya hamil dan melahirkannya, bapanya ada datang melawat saya dan bayi saya, namun bapanya sendiri mengambil keputusan untuk memilih tidak bersama kami.

"Keputusan yang dia (bapa bayi tersebut) ambil membuatkan saya rasa lebih baik anak saya itu tidak berjumpa langsung dengan bapa kandungnya lagi," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media filem Kahwin 5, yang berlangsung di Cathay Cineplex, petang semalam.

Tanda tanya yang ditinggalkan oleh Norish Karman itu membuatkan ada pihak yang menuduh dia telah melahirkan anak luar nikah atau dipanggil sebagai anak haram oleh sesetengah pihak.

Namun begitu, Norish memberitahu apa jua gelaran yang diberikan kepada anaknya, ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.

"Haram dan halal itu hanya milik Allah. Kita sebagai umatnya tiada hak hendak menilai semua itu. Ini semua merupakan hal keluarga saya dan terlalu peribadi untuk dikongsi. Yang penting, anak saya punya bapa Cuma, bapanya yang mengambil keputusan untuk tidak bersama kami," jelasnya lagi.

Walau bagaimana pun, Norsih memberitahu dia sangat gembira apabila dapat membesarkan anaknya itu bersama anak-anak yang lain tanpa menyisihkannnya.

"Walaupun membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal, saya bangga dengan anak saya dan sayangkann dia sama seperti anak lain. Itu zuriat Allah yang berikan kepada saya dan kenapa saya hendak malu kerananya?

"Saya bersyukur kerana punya keluarga , rakan dan peminat yang sentiasa menyokong saya dalam membesarkannya," luahnya lagi.

Norish yang bakal muncul dalam filem Kahwin 5 pada 27 Disember ini sedang dalam perancangan untuk mengarahkan sebuah program kanak-kanak untuk stesen terlevisyen.

Powered by Blogger.