Berhenti Sebarkan Gambar Bogel Saya - Novi Amalia
Setelah dua kali gagal menghadirkan diri dalam majlis rasmi kerana perlu menjalani rawatan di hospital, akhirnya model Novi Amalia tampil buat pertama kalinya di depan umum.
Malah, Novi tampak lebih sihat dan tidak lagi seperti orang sakit jiwa ketika di tahan atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mencederakan orang awam bulan lalu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya. Di kesempatan ini saya meminta mana-mana pihak yang mempunyai gambar bogel saya sewaktu saya tidak sedar dahulu, supaya menghapuskan gambar tersebut.
"Saya mahu meminta baru dan melupakan segala kesilapan lalu saya dan saya berharap tidak lagi melihat gambar yang memalukan itu," katanya.