Gambar Terbaru Bakal Isteri Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eilunie Natasha
Nur Eilunie Natasha atau lebih dikenali dengan nama Leuniey adalah seorang wanita yang sangat beruntung kerana bakal menjadi isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apek), penjaga gol Kelantan dan Malaysia.
Apek juga sangat bertuah kerana bakal mendapat isteri yang comel molek seperti Leuniey. Hari ini bertempat di Royale Bintang Damansara, Apek akan membuat pengumuman berkenaan tarikh perkahwinan mereka berdua.
Kami faham betapa berdebarnya perasaan mereka berdua apatah lagi apabila tarikh perkahwinan semakin hampir. Buat masa ini, biarlah Apek fokus untuk menjaga gawang gol Malaysia sempena Piala Suzuki AFF. Lagi gambar Leuniey, bakal isteri Apek dibawah.