Jejaka Ini Kekasih Baru Stacy AF?

6:45 PM
Pertama kali kami lihat gambar yang di’kirimkan ini, kami sangka ia hanyalah sekadar peminat bergambar dengan artis kegemaran tetapi sumber kami menyatakan sebaliknya.

Jejaka dalam gambar di’sebelah khabarnya salah seorang pelakon muda dalam drama 6 Progresif bernama Ijoy dan kini beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Stacy AF.

Sumber kami yang juga mendakwa diri sebagai peminat setia Stacy AF berkata pernah terserempak dengan Ijoy bersama penyanyi itu di’beberapa buah acara yang di’hadiri.

“Tetapi, mereka berdua sering menolak kalau kami ingin ambil gambar bersama — mungkinkah ada rahsia antara mereka yang mahu disembunyikan?” gigih peminat Stacy ini.

Bukan itu sahaja, Ijoy juga di’dakwa pernah bermasam muka & bertengkar mulut dengan Akim AF tentang satu isu berkaitan Stacy AF tidak berapa lama dahulu. Kes cemburu?

Jika di’lihat barisan pelakon utama drama 6 Progresif, memang tiada sesiapa bernama Ijoy dna mungkin pelakon ini hanya tempelan dan terlalu baru untuk di’kredit namanya. Eh.

Oh ya, sumber kami juga dengan yakin mengatakan yang ibu Stacy AF lebih selesa dengan hubungan penyanyi Pelangi Senja ini dengan Ijoy berbanding hubungan beliau dengan Akim Ahmad sebelum ini.

Powered by Blogger.