Keena Marah Kat Siapa Tu?
Agaknya insiden yang membuatkan Keena naik hangin tu berlaku dalam acara AIM kut.
Ini coretan Keena:"Diva Malaysia yang dikatakan seperti Malaikat itu,yang mempunyai suara lunak merdu, rupa-rupanya tersembunyi seribu satu kesombongan teramat sangat...plastik lagi plastik. Terima kasih kerana menipu peminat Malaysia."
Pedasnya kata-kata Keena ni? Apa insiden yang dilalui Keena dengan artis lain yang dimaksudkan tu? Tak tahulah kami nak kata apa dan nak jadi juri siapa benar siapa salah.
Pasti ada yang boleh buat telahan siapa yang Keena maksudkan tu. Bukan calang-calang penyanyi sebab tu digelar diva. Tapi kami tak nak buat kesimpulan sendiri sebab tak tahu pangkal cerita. Sensitif pulak rupa-rupanya Keena ni ya. Agaknya artis tu kurang sihat dan tak mampu nak layan semua orang. Dia penat ke atau ada masalah apa-apa ke? Mana kita tahu kan?