Kim Kardashian Dihentam Teruk Gara-Gara Menyokong Israel
Berikutan itu, Kim yang juga kekasih kepada rapper Kanye West ini telah menerima banyak tweet yang berbentuk ancaman bunuh dan salah satunya tertera dengan tulisan, Die in hell (mati dalam neraka).
Malah ada yang menghubungi E! dengan memberitahu bahawa : A bit*h" who "should die there (jalang yang patut mati di sana). Ada juga yang bertindak dengan lebih keterlaluan.
Selebihnya pula memberitahu bahawa disebabkan tweet Kim Kardashian itu, mereka telah mula rasa hilang hormat terhadap bintang itu.
Malah ada yang berpendapat bahawa tindakan Kim itu memalukan rakyat Amerika serta sesuatu yang menjijikan. Ada juga yang secara berani memberitahu Kim bahawa dia patut berdoa untuk Palestine dan bukannya Israel.
Menurut Twitchy.com, Kim telah memadamkan posting tweetnya itu sebaik saja dia dihentam teruk. Malah, dia telah menghantar sebuah lagi tweet yang berbunyi: Praying for everyone in Palestine and across the world! (berdoa untuk semua di Palestine dan seluruh dunia).
Tidak lama selepas itu, tweet itu juga kemudian telah dipadam. Namun, kedua-dua tweet Kim itu masih mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut twitternya.
Seorang pengikut twitternya menulis: "Hahaha @KimKardashian deleted her tweets, must have had SERIOUS backlash from her idiotic uninformed tweets," wrote one, while another called her a dumb idiot who "shouldn't talk about what she doesn't understand."