Raja Ema Buat Come Back Dalam 'Terlanjur Cinta'

9:54 PM
Selepas sekian lama menyepi daripada bidang lakonan, pelakon Raja Ema akan menemui para peminatnya menerusi drama terbaru Terlanjur Cinta.

Terlanjur Cinta akan disiarkan menerusi slot Ratu di TV9 bermula 20 November ini.

Raja Ema turut berganding bersama-sama Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi, dalam drama arahan pengarah hebat Erma Fatima.

Ia mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

Powered by Blogger.