Shila Amzah Mengenakan Bayaran RM25,000 Untuk Setengah Jam

12:56 AM
Untuk menjemput Shila Amzah membuat persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.

Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu berbincang untuk mendapat kata putus dan bukan dengar kata orang.
Powered by Blogger.