Tonton Maharaja Lawak Mega 2012 Episode 1: Awie Menangis

Rasanya semua dah tahu Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun bermula. Pastinya ramai yang menunggu-nunggu akan kemunculan duo popular terhebat iaitu Jozan. Ternyata untuk minggu pertama ini mereka telah pun membuat dan memberikan persembahan yang terbaik dan telah menggegar Maharaja Lawak Mega 2012 minggu pertama.

Lebih menarik mereka juga mendapat undian yang tertinggi setelah undian ditutup dan undian mereka jauh meninggalkan peserta lain. Syabas untuk Jozan. Pengalaman mereka di Maharaja Lawak 2011 yang lalu telah banyak mengajar mereka dan kini mereka kembali dengan semangat yang baru untuk menggapai kejayaan semoga terus berjaya hendaknya untuk Jozan.

Pembukaan Maharaja Lawak Mega 2012 nampak gah dengan muziknya serta cara peserta diperkenalkan. Juri Maharaja Lawak Mega 2012 juga diperkenalkan iaitu Awie, Wulan, Najieb Ali dan Lisa Surihani. Kami agak terkejut juga Lisa Surihani jadi juri. Awie dan Najieb tu kami okey jer. Wulan pun ok. Apa pun Lisa dan Wulan mmg comel. Peserta Hot Seat yang terpilih adalah kumpulan Balas, secara jujurnya kami lebih suka seandainya kumpulan Mamu terpilih, tak suka kumpulan Balas kerana selalu buat lawak double meaning. Tanpa membuang masa jom tgk Maharaja Lawak Mega 2012 full version dibawah.

Maharaja Lawak Mega 2012 full

Powered by Blogger.