Maya Karin Dan Remy Ishak Kembali Intim?

8:13 PM
Kalau tak silap kami, beberapa blog hiburan dan media pernah menyentuh hubungan yang terjalin semula antara pelakon kacak Remy Ishak dan Maya Karin. Selepas itu khabar angin itu terdiam begitu saja.

Bagaimanapun baru-baru ini ketika berlangsungnya sebuah majlis fesyen hebat di tengah ibu kota, kami dikhabarkan kedua-dua pelakon berkenaan telah kembali akrab.

Kami tak mahulah spekulasikan keakraban mereka berdua ini, kerana setahu kami masing-masing memang saling kenal mengenali. Jadi tak salah rasanya untuk mereka akrab.

Namun daripada sumber memberitahu, ketika majlis berkenaan Remy Ishak seakan tidak mahu lekang di sisi Maya Karin, sehinggakan Remy Ishak yang hadir agak lewat ke majlis berkenaan tercari-cari pelakon jelita berkenaan.

Sama ada mereka berdua duduk bersama sepanjang majlis berkenaan itu tidak pula kami tahu tapi yang kami dapat tahu mereka berdua khabarnya telah pulang bersama-sama selepas selesai saja majlis berkenaan.

Alahai, so sweet. Tapi apa yang pasti mereka tidak berpimpin tangan. Cuma berjalan sama saja.

Yalah, rasanya tidak manis kami membuat sebarang spekulasi dengan beberapa insiden itu. Tetapi sekiranya benar Remy Ishak dan Maya Karin kembali bersama, alangkah baiknya.

Bukan saja kami, malah sekalian peminat dua bintang popular ini akan turut gembira. Lebih mengejutkan kami juga diberitahu, seorang lagi bekas kekasih Remy Ishak iaitu Ummi Nazeera turut ada pada majlis berkenaan.

Apa yang pasti,kami tidak pula mendengar khabar yang Remy Ishak memanggil atau mencari Ummie Nazeera.

Ini kerana daripada info, kami dapat tahu bahawa yang pelakon muda berpersonaliti manja itu agak sibuk melayan peminat dan media yang ingin merakamkan gambarnya. Maklum sajalah baru pulang dari Australia.

Lagipun, kami tak melihat apa juga kepentingan untuk Remy Ishak menegur Ummi Nazeera, nanti takut cemburu pula kekasih Ummi nanti. Kami hanya bergurau saja Ummi. Jangan ambil hati ya.

Photo credit: Murai

Powered by Blogger.