Tok Guru Nik Aziz Bakal Nikahkan Khairul Fahmi Apex

5:47 AM
Hanya tinggal 18 hari saja lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apa yang pasti, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.

Powered by Blogger.