Super Mom Mila Jirin Dukung Anak Mendaki 642 Meter ke Puncak Jabal Nur

7:52 AM

Kasih sayang seorang ibu buat anaknya tidak akan pernah pudar dan sanggup melakukan apa sahaja buat anak tercinta.


Itu yang dilakukan penyanyi Mila Jirin apabila dia sanggup mendukung anaknya, Arif Zikri untuk mendaki Jabal Nur ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.


Juara Akademi Fantasia musim kelima itu sanggup mendukung anaknya yang berusia hampir satu tahun itu sehingga menjejakkan kaki ke puncak pada ketinggian 642 meter.



Mila yang berkongsi kisah pengorbanannya itu di platform media sosial Instagram miliknya, menyifatkan perjalanan itu sebagai satu mimpi kerana berjaya membawa anaknya ke puncak walaupun ia adalah perjalanan yang mencabar.


“Tak dinafikan, memang penat. Dengan berat hanya 42 kilogram dan mendukung Arif dengan berat sembilan kilogram memang terasa bergoyang dan bergetar lutut.


“Turun lebih mencabar dari naik. Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidak sekata dan apabila makin ke atas tangganya makin curam. Allahuakbar!


“Memang ada rasa seperti mahu putus asa tetapi disebabkan waktu melawat itu merupakan waktu terakhir untuk pelawat menziarah Jabal Nur seperti yang diarahkan kerajaan Arab Saudi, saya terus positif,” luahnya.



Tambah Mila, sepanjang pendakian itu dia tidak henti berselawat dan mengenangkan kisah Rasulullah SAW dan isteri Baginda, Siti Khadijah di Gua Hira.


Sesudah tiba di puncak, Mila turut berkongsi bahawa dia yang mendukung anaknya tidak berkesempatan untuk melawat Gua Hira.


“Disebabkan kedudukan Gua Hira berada di bawah sedikit di puncak dan laluan untuk turun gua itu lebih mencabar dan bahaya buat saya yang mendukung Arif.


“Walau bagaimanapun, Alhamdulillah. Ibu dan ayah tercinta berkesempatan untuk masuk ke Gua Hira,” ujarnya.


Mila turut memberi pesanan buat Arif, “Moga nanti Arif dah besar, Arif dukung mommy pula, naik Bukit Bendera pun jadilah,” pesannya.


Dalam pada itu, netizen turut memuji keberanian Mila yang sanggup mendukung anaknya sehingga tiba di puncak tinggi itu.


Sambungan CERITA Pandakian #JabalNur di Makkah. . . Nampak MENARA JAM dibelakang tu??? ALHAMDULILLAH Mommy telah berjaya naik ke PUNCAK Jabal Nur sambil DUKUNG @arifzikri17 yang lenaaa diulit Mimpi.. Ya ALLAH Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak #GunungCahaya pada Aras Ketinggian 642m! Memang MENCABAR tetapi Mommy TAK PUTUS ASA! . Daddy pakai Slepar Jepun, jadi Mommy TAK BENARKAN dukung Arif bahaya.So Daddy jadi pemantau Mommy 😁 . . Tak dinafikan MEMANG PENAT, Mommy 42kg + 9kg Arif huhuhuhu terasa bergoyang dan bergetaq juga LUTUT waktu nak turun Gunung ni 😁.Nak turun gunung LAGI MENCABAR dari naik. . . Walaupun ada Tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (Ada tinggi, ada rendah) dan bila Makin keatas, tangga nya makin CURAM.Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak GIVE UP, tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ZIARAH TERAKHIR ke #JabalNur kerana Jabal Nur akan DITUTUP unt lawatan oleh Kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus POSITIVE! Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir "Subhanallah, Bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di #GuaHira?Subhanallah, Allah Maha Mengetahui" . . Sampai sahaja di PUNCAK #JabalNur, Mommy tak ke Gua Hira, disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari Puncak dan laluan untuk turun kesitu agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama.Jadinya, Mommy tengok dari atas sahaja, Gua nya KECIL sahaja tetapi ramai orang berasak asak hendak masuk kedalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ #Alhamdulillah. . . Dah berada di PUNCAK.dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh Indah (Kelihatan Menara Jam).Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami Ustaz Bismi @amerrzainal, dulu sebelum Menara Jam dibina, memang akan nampak Masjidil Haram & Kaabah.. . . Apa apa pun menang 1 kenangan yang INDAH dan moga nanti Arif dah besar Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah 😙 . . JABAL NUR 19 Apr 2018 1.14 AM (Saudi Arabia)

A post shared by MILA JIRIN 🎤 (@mila_jirin) on

Powered by Blogger.