Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik Hari Ini

11:20 PM
B*Pop melaporkan Anne Ngasri bakal bertunang dengan seorang ahli politik hari ini. Identiti ahli politik tersebut masih kekal rahsia dan mereka berdua bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini.

Anne Ngasri telah menemui pengubat selepas berpisah dengan Aliff Aziz. Inilah yang dinamakan jodoh. Yang penting, bakal suami Anne ini bukannya suami orang dan mendapat restu keluarga. Kata Anne:-

Majlis pertunangan saya diadakan membabitkan ahli keluarga kami saja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang. Kami bertunang pada 11 November dan Insya-Allah akan berkahwin pada bulan Disember nanti, saya akan menjemput rakan media untuk meraikan hari bahagia saya nanti. Kalau tiada aral, Disember ini menjadi pilihan kami untuk bernikah.
Powered by Blogger.