Ustaz Azhar Idrus Membidas Lawak Kurang Menyenangkan Rosyam Nor di Anugerah Skrin 2012

8:23 AM
Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung semalam, banyak respon yang mengatakan anugerah tersebut amat membosankan mereka yang menonton apa lagi mereka yang berada di tempat berlangsungnya anugerah tersebut.

Di mana silapnya, mungkin pembaharuan yang cuba di bawakan mereka masih belum dapat diterima baik rakyat Malaysia ataupun perancangan yang tidak menjadi dari pihak penganjur.

Heboh seketika satu Malaya bila dikatakan Rosyam Nor membuat lawak yang kurang sopan dan memperkecilkan hukum. Ada juga yang mengatakan, lawak Rosyam itu merupakan satu humor sarkastik untuk memerli TV3.

Kepada yang tidak menonton, Rosyam Nor telah membuat lawak ketika bergandingan dengan Erra Fazira semasa menyampaikan Anugerah di mana beliau memegang watak Captain Hook.

Rosyam Nor dikatakan telah menghina dan menyindir TV Al-Hijrah secara terbuka dan ada yang menyatakan tindakannya ini menghina Islam. Kami tidak pasti sama ada lawak tersebut sengaja atau tidak disengajakan.

Lawak Rosyam Nor berbunyi begini “Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit (antara lelaki & perempuan), kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh.”

Dibawah adalah screenshot seorang hamba Allah yang peka terhadap isu ini dan menanyakan tentang kata-kata Rosyam Nor itu kepada Ustaz Azhar Idrus. Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Powered by Blogger.