Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo

8:16 PM
Majlis perkahwinan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo telah berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.

Turut hadir, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir majlis perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Chew.

Terdahulu, Lee Chong Wei dan Wong Mew Chew turut menyampaikan hadiah istimewa, iaitu raket badminton kepada tetamu diraja dan Perdana Menteri.

Nyata gelaran 'Wedding of the Year' memang padan dengan majlis Chong Wei dan Mew Choo kerana majlis bermula dengan perarakan masuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Chew ke dalam dewan dengan diiringi lagu romantik, 'Colors of The Wind' nyanyian Vanessa Williams.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chong Wei segak dengan sut lengkap berwarna hitam sementara isteri beliau, Mew Choo tampil jelita dengan gaun putih gading.

Hadirin turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada bekas juara One In A Milion, Suki dan Man Bai.

Turut ditayangkan video majlis pendaftaran perkahwinan kedua mempelai yang diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat mereka.

Beberapa Menteri Kabinet turut hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Chew.

Selesai makan beradab, upacara memotong kek setinggi enam tingkat dijalankan, kali ini pemain nombor satu dunia, Chong Wei tampil dengan busana berbeza dengan berpakaian sut biru sementara Mew Choo anggun dengan gaun merah.

Sementara itu, teman akrab Chong Wei, L.L Kong menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai cukup istimewa kerana temannya itu merupakan jaguh badminton Malaysia.

"Tanpa usaha daripada kedua ibu bapa Chong Wei dia tidak akan dapat berada pada tahap ini.

"Justeru, kita perlu berterima kasih atas galakkan dan sokongan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya sehingga dia berjaya menjadi pemain nombor satu dunia lebih daripada 172 minggu," katanya.

Malam esok, satu lagi majlis resepi yang akan diadakan di venue yang sama namun kali ini bagi meraikan atlet sukan dan rakan perniagaan mereka.

Powered by Blogger.