Jennifer Aniston Nafi Sedang Hamil Anak Kekasih

7:24 PM
Jennifer Aniston sekali lagi menjadi perhatian umum salah satu tabloid di US menyiarkan satu artikel yang mengayatakan dia sedang hamil anak kekasihnya iaitu Justin Theroux.

Majalah Star pada Khamis lalu telah menulis Jennifer dan Justin bakal menimang cahaya mata pada bulan Mei tahun hadapan.

"Jennifer hamil! Setelah bertahun-tahun penuh dengan kekecewaan dia akhirnya akan dikurniakan seorang anak pada bulan Mei tahun hadapan," itu antara yang dipetik dari majalah tersebut.

Namun khabar angin itu segera dinafikan oleh jurucakap Jennifer dan Justin dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.

Berita kehamilan itu disifatkan oleh majalah tersebut sebagai kukuh apabila Jennifer dilihat keluar dari sebuah pusat kecantikan dengan perut yang membuncit.

Powered by Blogger.