Siapa Emma Maembong? Sana Sini Orang Cakap Pasal Emma Maembong
Tapi bila ada yang cakap Emma tu dah ada buah hati, ada juga nampak wajah frust mamat-mamat tu. Haa... agaknya mereka membayangkan Emma tu jadi kekasih mereka kut. Bukan serius pun hanya bahan bualan kosong saja gamaknya tu.
Pasti ada anak muda yang jeleskan buah hati Emma yang handsome tu kan? Beruntung dia (Adli Zaem) sebab dapat mendampingi Emma. Janganlah jeles dik... sebab dia dan Emma berkawan sebelum nama Emma jadi hot macam hari ini.Brader dengar Emma sekarang makin laris dah. Shooting sana-sini. Sampai dah makin kurang masa nak berdating.
Tapi mereka dating dalam telefon sajalah. Itulah yuran yang kena bayar kalau jadi orang popular dik. Kenalah kurangkan masa untuk hal personal. Kejar cita-cita dulu.
Brader minat sangat dengan lakonan Emma semasa dia berlakon sebuah drama petang-petang baru-baru ini.
Boleh dikatakan Emma ni dah menenggelamkan pelakon utama drama itu yang sarat kontroversi. Emma lebih menonjol kerana mutu lakonan yang bersahaja dan fresh.
Brader harap selepas ini tak adalah pulak cerita kurang enak pasal hubungan Emma dengan pelakon yang menjadi saingannya.
Maklumlah sekarang ini pelakon-pelakon baru ini bijak memainkan peranan kalau nak jatuhkan atau burukkan nama pelakon lain.
Ada juga Brader terdengar seseorang bercerita yang buruk-buruk pasal Emma kepada pihak ketiga.
Bila dirisik-risik rupa-rupanya orang itu ada hubungan yang akrab dengan seorang artis sensasi. Bukanlah dia kerja dengan artis tu... tapi dia ada connection ala-ala manja gitew.