Taylor Swift & Harry Styles (One Direction) Kembali Bercinta

8:25 AM
Sebulan selepas berpisah dengan Conor Kennedy, Taylor Swift tidak mengambil masa lama untuk mencari teman lelaki baru. Penyanyi ini kembali menjalin hubungan asmara dan dikhabarkan dia bercinta semula dengan bekas kekasih, Harry Styles.

Meskipun tiada lagi kenyaatan daripada kedua-dua bintang muda ini, namun laporan Aceshowbiz menyebut, Taylor Swift dan Harry Styles dilihat berpegangan tangan sewaktu di belakang pentas program X Factor, pada Khamis lalu. Ketika itu, Taylor memang diundang untuk membuat persembahan.

Beberapa jam sebelum program bermula, pelantun Begin Again ini dilihat keluar makan tengah hari bersama anggota kumpulan One Direction itu.

Di akaun rasmi X Factor juga tertulis, "Bersama-sama beratur untuk makan tengahari (Cheeseburgers) ketawa & tersenyum @Harry_Styles & @taylorswift13! :) #internationalpoproyalty,"

Pasangan ini dikabarkan pernah menjalin hubungan pada April 2012. Namun hubungan mereka berakhir selepas foto-foto intim Harry Styles bersama Emma Ostilly tersebar.

Awal bulan ini timbul gosip, Taylor Swift dan Harry Styles masing-masing dilihat memakai rantai yang sepadan, pada majlis berasingan.

Powered by Blogger.