Apex dan Leuniey dari Kaca Mata Dato' Siti Nurhaliza

12:59 AM
Tinggal sebulan saja lagi penjaga gol bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan kekasih hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) bakal di ijabkabul. Siapa sangka pertemuan di 'pentas' SimplySiti atau lebih tepat seperti mana laporan media sebelum ini menyebut hubungan antara Apex dan Leuniey dikatakan mula mesra ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik Dato' Siti Nurhaliza.

Terlanjur bertemu dengan penyanyi nombor satu negara ni baru-baru ini, MD sempat mendapatkan komen mengenai Apex dan Leuniey sepanjang beliau melihat kemesraan yang terjalin antara dua insan itu dan kalau-kalau ada rahsia yang Dato Siti tahu mengenai mereka.

Dato' Siti menggambarkan pasangan bakal suami isteri itu sebagai pasangan yang secocok. Malah beliau meluahkan rasa gembira dengan berita pasangan itu akan bernikah pada 28 Disember ini.

"Itu yang dikatanya ya... (bertemu sewaktu jayakan iklan SimplySiti). Allhamdulillah. Benda yang baik (kahwin), apa salahnya dipercepatkan. Pada Siti mereka berdua adalah sweet couple. Jodoh satu negeri, kan.

"Siti suka tengok mereka berdua. Siti sebenarnya tak tahu banyak mengenai perhubungan mereka. Selama menjayakan komersial SimplySiti, mereka sangat profesional dan tidak mencampuradukan soal peribadi (bercinta) sepanjang bekerja",

Dato' Siti turut menyatakan yang beliau mungkin akan meluangkan masa bagi menghadiri majlis perkahwinan pasangan itu nanti.

"InsyaAllah kalau tiada aral melintang, Siti akan hadiri majlis mereka", katanya.

Powered by Blogger.