Azhar Sulaiman Jawab Isu Murtad
Bagaimanapun Azhar menjelaskan, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.
Lantaran tindakannya itu adalah sebagai respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar (kelmarin) berhubung dakwaan individu cerdik agama itu yang mengatakan Umno murtad.
"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?
"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian
Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.
"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.