Searching...
Thursday, November 29, 2012

Ella Belanja RM200,000 Untuk Majlis Resepsi Perkahwinan

Ratu rock negara, Ella telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azhar Ghazali, 30 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Kelab Darul Ehsan di Ampang, dekat sini.

Perancang perkahwinan pasangan itu, Syed Yusof Wafa memberitahu portal redcarpet.net.my majlis itu juga turut mendapat pelbagai tajaan daripada pelbagai pihak.

"Kami turut mendapatkan beberapa tajaan termasuk baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini," ujarnya.

Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama.

Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan & The Typewriter.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut dijangka hadir sebagai tetamu khas.

Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly itu dengan sekali lafaz pada 7 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah di rumah abang kepada Ella di Teluk Gadong, Klang di sini.

Mereka telah berkenalan selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!