Erra Fazira: Isu Cerai, Jangan Percaya Gosip Ini.
Termasuklah gosip yang mengatakan bahawa mereka telah pun bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab membuat cerita ini melaporkan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai.
Erra Fazira pula ketika dihubungi masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai gossip ini. Dia juga berharap pihak media tidak menyokong atau percaya sebarang cerita yang tidak benar seperti ini selain pengesahan daripada mereka berdua.
"Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja.
"Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua.
"Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri,"jelasnya ketika dihubungi.
Apa jua pengakhiran atau penyelesaian kepada kekusutan dan cerita mengenai kedua mereka ini, diharapkan ia tamat dengan baik demi kebaikan semua pihak.