Ana Dahlia Tidak Gelojoh Kejar Tawaran
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, sebaliknya berkata, sebagai pelakon baru dia tidak mahu terburu-buru mengejar semua tawaran diberikan kerana ingin memberikan perhatian kepada projek yang telah dipersetujui terlebih awal.
"Ikutkan hati memang nak ambil semua projek yang diberikan tetapi sebagai pelakon yang masih baru dalam industri saya tidak mahu terlalu tamak yang akhirnya akan merugikan diri saya sendiri.
"Sebaliknya saya ingin memberikan fokus terhadap sesuatu projek sebelum menerima tawaran lain selain mementingkan kualiti kerja," katanya.
Bagaimanapun kata Ana, dia bersyukur kerana rezekinya semakin murah dan kerjaya lakonannya berkembang dengan baik setakat ini.
Dalam pada itu, Ana berkata, dia gementar apabila diberikan watak antagonis dalam drama bersiri Cinta Itu Milikku yang sedang bersiaran di TV3 kerana bimbang dengan persepsi negatif penonton terhadapnya.
Bagaimanapun dia yakin pendapat itu adalah bukti penonton mula memberikan perhatian kepada lakonannya.
"Bukan mudah untuk membawa watak antagonis kerana perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan 'feel' juga perlu betul supaya dapat meyakinkan penonton," katanya.
Cinta Itu Milikku arahan Emi Suffian disiarkan setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Akasia pada pukul 7 malam.
Ana pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011 dan bercerai kira-kira 11 bulan kemudian.