Shahz Jazle bertunang 8 Disember Ini Dengan Redzwani Puteri Ismail

9:02 PM
15 Julai lalu, keluarga Shahz Jazle telah pergi merisik kekasihnya iaitu Redzwani Puteri Ismail di rumah keluarganya di Bukit Jelutong, Selangor.

Kemudian pada 11 November lalu pula, Shahz beritahu bahawa mereka akan bertunang, insya-Allah pada 8 Disember ini. Alhamdulillah.

Redzwani Puteri adalah pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam. Usia mereka sebaya iaitu 24 tahun.

Tarikh perkahwinan tak tahu lagi. Kami ucapkan semoga berbahgia dan cepat-cepat naik pelamin.

Powered by Blogger.