Gambar Aida AF9 Kemalangan, Barang Berharga Dicuri
Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan yang teruk di Lebuhraya DUKE dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru habis menjalani penggambaran menuju pulang ke rumah. Difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kereta nya berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.
Namun, apa yang mengejutkan ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.