HyunA (4Minute) Kekasih Baru Justin Bieber?

6:35 PM
Sebaik tersebarnya kisah perpisahan di antara Justin Bieber dan Selena Gomez, ramai peminat mula berteka-teki selepas ni siapakah gadis bakal mengisi kekosongan hati penyanyi yang popular dengan lagu 'Boyfriend' itu. Dan walaupun Bieber ditinggalkan, dia masih punya jutaan Beliebers (gelaran untuk peminat setianya) yang sentiasa menyokong.

Selena dilaporkan seperti tidak sedih dengan perpisahan itu, Billboard telah cuba memain peranan 'mencarikan' pengganti untuk Bieber dengan mewujudkan poll sekali gus bertanyakan kepada peminat siapakah yang sesuai untuk menjadi kekasih baru kepada idola sensasi itu. Dan daripada tujuh nama yang disenarai, terselit nama salah seorang anggota kumpulan 4minute, iaitu HyunA.

HyunA disenarai sebagai calon yang berpotensi sebagai 'teman wanita' Bieber yang mana dia bersaing dengan bintang seperti Carly Rae Jepsen, Taylor Swift, Demi Lovato dan Rihanna.

Setakat ini HyunA telah meraih lebih 1,700 undian sekali gus mendahului poll dengan 43%. Ya, Beliebers memang ada ramai di merata dunia. Tapi jangan lupa, peminat KPop juga tidak kurang ramainya.

Menurut Billboard, Sungguhpun mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa yang sama, mungkin Bieber dan penyanyi seksi kelahiran Korea Selatan itu boleh 'berkomunikasi' dengan menggunakan bahasa cinta menerusi muzik dan lagu 'catchy' mereka.

Tambahan, dengan kebangkitan muzik Kpop di Amerika Syarikat sekarang ini, tidak mustahil pasangan selebriti berbeza benua ini boleh menciptakan pengaruh mereka bersama-sama.

Sementelah seperti yang diketahui, HyunA semakin popular sejak dia tampil dalam muzik video Gangnam Style bersama PSY. Kebetulan pula, PSY (yang baik dengan HyunA) berkongsi pengurus dengan Bieber iaitu Scooter Braun. Jadi ada kemungkinan HyunA ada peluang lebih besar untuk lebih dekat dengan Bieber. Hmmm...

Beliebers Malaysia, apa pendapat anda? Okay ker tidak kalau HyunA betul-betul jadi One Less Lonely Girl Justin Bieber?

Jom tengok Maharaja Lawak Mega 2012

Powered by Blogger.