Shaheizy Sam Mengaku Rapat Dengan Syatilla Melvin
Sementara Sam juga telah tampil dan mengakui dia memang rapat dengan pelakon berusia 21 tahun itu.
Sam berkata sikap memahami yang dimiliki Syatilla Melvin terhadapnya merupakan sebab utama mereka menjadi rapat sejak setahun lalu. Namun, dia tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan mereka pada waktu ini.
Tambah pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2012 itu lagi, dia juga tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadinya kepada khalayak.
Ditanya sejauh mana kesahihan dakwaan kononnya dia sudah menemui keluarga finalis Dewi Remaja 2010 itu, Sam enggan mengulas mengenai perkara berkenaan kerana katanya banyak hati yang perlu dijaga.