Zizan Gembira Nora Danish Menang Trofi Shout! Awards

7:23 PM
Apabila diumumkan namanya sebagai pemenang kategori ‘Best TV Personality Award’ dan juga turut meraih trofi ‘Best On-Screen Chemistry’ (bersama pasangannya Johan), Zizan tidak muncul di pentas untuk mengambil trofi kerana ketika itu dia berada di satu program lain.

Walau bagaimanapun sebaik tamat program yang membabitkannya itu, Zizan bergegas ke Shout! Awards.

Pelawak juga pengacara itu berkata dia mendapat tahu mengenai kemenangannya menerusi Twitter dan memang sejak awal lagi merancang mahu datang (Shout! Awards) sebaik tugasnya selesai.

"Bersyukur dan tak sangka sebab calon-calonnya juga hebat. Tak sangka ‘orang urban’ boleh menerima kehadiran saya dalam acara ‘urban’ seperti Shout Awards ini. Alhamdulillah semua lapisan masyarakat menerima saya dan kejayaan ini menjadi pembakar semangat saya untuk terus berjuang dan memberikan yang terbaik pada masa akan datang,” ujar Zizan yang mengekalkan gelaran sebagai pesonaliti TV Pilihan untuk tahun kedua.

Disebabkan dua tiga hari lalu namanya dan pelakon Nora Danish 'panas' gara-gara mereka 'bergurau senda manja' di Twitter, Zizan diminta mengulas mengenai kejayaan aktres itu dipilih sebagai Hot Chick,

“Tahniah saya ucapkan atas kejayaannya merangkul anugerah di Shout Awards ini dan saya tahu dia sangat bagus dalam lakonan mungkin itu rezeki dia dan sememangnya dia layak,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Powered by Blogger.