12 Buah Lagu Yang Layak Ke AJL 27

7:13 PM
Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) sebaik sahaja tamatnya Muzik Muzik Separuh Akhir 27 yang berlangsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Tahniah diucapakan kepada pencipta lagu dan penyanyi yang berjaya dan akan berentap di pentas AJL 27 pada 6 Januari 2013.

Semua penyanyi yang layak berjaya membawa sebuah lagu yang dinyanyikan oleh mereka kecuali Hafiz Suip apabila dua buah lagu yang dinyanyikannya iaitu Ku Akui dan Ombak Rindu (bersama Adira) tersenarai ke AJL 27.

Selain Hafiz, antara nama-nama penyanyi lain yang sekali lagi berjaya ke AJL adalah seperti Yuna, Stacy, Spider, Amy Search dan Shila Amzah.

Semua keputusan pemarkahan hasil dari juri professional.

Berikut ialah senarai penuh penyanyi dan pencipta lagu yang mara ke AJL 27:

1. Idola

Artis : Azlan & The Typewriter

Komposer : Audi Mok

Penulis lirik : Azlan

2. Ku Akui

Artis : Hafiz

Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

3. Pelangi Senja

Artis : Stacy

Komposer : Taja

Penulis Lirik : Tun Teja

4. Anak Kampung

Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat

Komposer : Jimmy Palikat

5. Terukir Di Bintang

Artis, Komposer, Penulis lirik : Yuna

6. Tanpamu

Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari

7. Ombak Rindu

Artis : Hafiz dan Adira

Komposer, Penulis Lirik : Zaidi

8. Lagu

Artis : Bedroom Sanctuary

Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

9. Teman Pengganti

Artis : Black & Malique

Komposer dan Penulis Lirik : Malique

10. Simetri

Artis : Hazama dan Amy Search

Komposer : Audi Mok

Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan

11. Andaiku Bercinta Lagi

Artis : Mojo

Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

12. Patah Seribu

Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah

Powered by Blogger.