Pasal Anti-Amerika, Psy Minta Maaf Pada Amerika!
Permohonan maaf secara berikutan munculnya beberapa laporan muncul di Amerika pada Jumaat lalu mengenai penglibatannya menerusi 2 persembahan yang telah mengkritik tentera Amerika Syarikat secara terang-terangan pada 2004.
"Walaupun saya bersyukur kerana dapat meluahkan apa yang saya rasa secara bebas, namun saya sedar bahawa ada hadnya terhadap apa yang saya lakukan dan saya memohon maaf seandainya terhadap bagaimana lirik itu telah diinterpretasi. Saya berasa kesal kerana telah menyebabkan ramai yangs akit hati terhadap lirik tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Dalam satu persembahan yang telah berlangsung kira-kira 8 tahun lalu, rapper ini dikatakan telah memprotes kematian dua remaja Korea Selatan yang didakwa disebabkan oleh tentera Amerika Syarikat.
Manakala dalam satu persembahan yang berlainan, Psy telah mengkritik campur tangan Amerika terhadap Iraq serta memaksa Korea Selatan menjadi sekutunya.
Mengenai perkembangan lain, Psy dijangka bakal membuat persembahan tahunan untuk sebuah stesen televisyen iaitu Christmas in Washington" yang bakal turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan isterinya.
Muzik video Gangnam Style kini menjadi muzik video yang paling banyak ditonton di YouTube serta meraih 900 juta penonton sejak ianya di muatnaik pada Julai lalu.