Searching...
Tuesday, December 4, 2012

Zalif Sidek: Wanita Yang Ganggu Fida Bukan GF Saya

Pelakon dan pelawak, Zalif Sidek akui tidak mengenali wanita yang menggangu serta memberi amaran kepada penyanyi dan pelakon, Fida Ibrahim supaya menjauhi diri daripadanya.

Malah, Zalif Sidek menafikan wanita itu kekasihnya kerana buat masa ini dia belum menjalinkan apa-apa hubungan istimewa dengan mana-mana wanita.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita ini. Terus-terang saya tidak mengenali siapa wanita yang mengganggu dan menghamburkan kata-kata pedas kepada Fida. Malah saya tidak sangka bagaimana wanita itu boleh memberi amaran kepada Fida supaya menjauhkan diri daripada saya.

"Fida pun ada memberikan nombor wanita itu kepada saya tetapi sehingga kini saya sendiri tidak tahu siapa dia kerana saya sendiri pun tidak pernah menyimpan nombor itu di telefon bimbit saya.

"Tidak mungkinlah kekasih saya kerana saya memang tiada teman wanita. Kalau ada sudah lama saya jujur beritahu dengan siapa saya sedang menjalinkan hubungan," katanya.

Dalam laporan Kosmo! dua hari lalu, Fida Ibrahim dilaporkan telah diganggu oleh seorang wanita yang menghamburkan kata-kata pedas selain memberi amaran supaya menjauhkan dirinya daripada Zalif Sidek.

Fida memberitahu kepada Kosmo! selepas kejadian dia sudah mula menjauhkan diri aripada Zalif dengan tidak membalas sebarang mesej daripada pelawak tersebut.

Zalif yang akui perubahan Fida itu, memberitahu bakal menyelesaikan hal tersebut dengan bertemu dan berbincang dengan penyanyi lagu Apa Kono Eh Jang dalam masa terdekat.

"Saya sedar, dia sudah mula menjauhkan diri daripada saya, tetapi saya sentiasa mengambil berat tentang dirinya dengan bertanyakan mengenainya melalui pengurusnya.

"Saya faham situasi yang dilalui Fida, saya akan selesaikan hal ini dengan berjumpa dia sendiri untuk membincangkan hal ini. Lagipun saya ikhlas hendak berkawan dan mengenalinya dan tidak elok jika ianya berakhir begini.

"Jika perlu, saya sendiri akan menghubungi wanita tersebut untuk bertanyakan hal sebenar dan menyelesaikannya dengan cara baik," luah pelakon Ajiboy itu.

Zalif dan Fida digosipkan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu selepas mereka dilihat intim dan berkawan rapat.

Mengenai perkembangan terbaru Zalif, dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Spy M dan akan muncul beberapa filem tahun hadapan seperti Pada Suatu Cinta Dahulu, Kara King dan Langgar.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!