Catriona Ross Bengang Didakwa Masuk PAS
Namun keadaan sebaliknya berlaku kerana sebaik sampai di tempat majlis berlangsung ada pihak lain berdegar-degar bercakap soal politik sana politik sini. Bertambah menjengkelkan apabila aktres yang mesra di sapa dengan panggilan Cat ini dianggap sudah mendaftar sebagai ahli parti pembangkang dan penyokong parti tersebut.
Marah, terkilan dan sudah tidak tahan dengan percubaan sesetengah pihak yang membabitkan dirinya dengan sebuah parti politik di pihak pembangkang, Cat akhirnya membuat kenyataan.
Bercakap kepada akhbar Utusan Malaysia, anak kelahiran Kelantan ini memberi amaran,
Jangan sesekali menggunakan nama saya untuk kepentingan politik."
"Saya tidak pernah masuk parti Pas. Jangan kaitkan saya dengan mereka," katanya lagi.
Nampaknya, sejak kebelakangan ini memang banyak pihak cuba menangguk di air keruh dalam soal artis dan politik ini. Macam juga kes membabitkan pelakon Wardina Safiyyah yang memang tidak selesa kalau dirinya dikaitkan dengan mana-mana parti politik.
Bagi Catriona dan Wardina, muncul di khalayak adalah untuk berkongsi cerita baik dengan orang ramai, memberi motivasi ke arah kehidupan positif, bukan dengan niat berpolitik. Jadi, tak perlulah hendak menggunakan artis untuk agenda politik tak betul sebegitu lain kali ya. Tak semua artis mudah terpengaruh.