Searching...
Tuesday, December 4, 2012

Kereta Mizz Nina Dipecah, Beg Tangan Kena Kebas

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu dia telah dirompak. Kejadian cemas itu berlaku ketika dia sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Ampang Jaya.

Menceritakan kejadian tersebut Mizz Nina menulis, situasi cemas itu berlaku apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali dan perompak itu telah mengambil beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.

"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya. Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.

Berdasarkan masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah hari Isnin.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.

"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.

"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter pula.

Sementara itu, dalam portal mStar online menyebut Mizz Nina gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.

Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Riz memberitahu, dia turut gagal mendapatkan penyanyi itu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!