Janna Nick Tidak Memilih, Janji Rajin

1:36 AM

Sejak diawal kemunculannya Janna Nick di industri hiburan Malaysia, Janna Nick pernah dikatakan menjalin hubungan sejenis, namun Janna Nick menafikan perkara tersebut dan ianya fitnah semata-mata.


Baru-baru ini, Janna Nick kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Janna, dia mengakui takut didekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah dibeli dengan wang ringgit.



“Saya tak pernah meletakkan harapan untuk mengahwini lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit,” katanya kepada BH Online.


Menurut Janna lagi, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana baginya wang bukan penentu kebahagiaan.



“Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja,” ujarnya.


Apabila ditanya tentang sikap terbukanya berkawan dengan golongan LGBT, dia tidak boleh membataskan pergaulannya memandangkan dia merupakan seorang ahli perniagaan.


Powered by Blogger.