Masih Ingin Berdua, Mawar Rashid Belum Puas Bermanja Dengan Suami
Tidak sampai setahun mendirikan rumahtangga, Mawar Rashid tidak mahu terburu-buru mempunyai cahaya mata. Jelasnya, buat masa ini mereka belum merancang untuk mempunyai anak kerana masih belum puas bermanja.
“Tanggungjawab sebagai seorang ibu sangat besar dan berat, jadi kami merancang tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini. Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu”
Jika diberikan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini, Mawar tidak menolak. Mawar sehingga sekarang pun mereka masih belum sempat untuk berbulan madu kerana urusan kerja yang terlalu banyak.
“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja. Tetapi kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya,” jelasnya kepada m Star Online.
Nasib baik Mawar sudah mempunyai anak-anak tiri, jadi tidaklah sunyi di rumah. Kalau tengok di Instagram pun, Mawar banyak menghabiskan masa di luar negara berjalan dengan suami ya.